Friday, 18 December 2015

: Refarm Leisure, Kampar :


:: #familybonding ::

Kiddos!! Takkan pernah dapat gambar bebetul. Hahaha

Rasanyakan, tiap-tiap kali pergi mandi-manda, mesti tak Teluk Batik, mesti air terjun area-area yang dekat dengan rumah. Ala, konon-konon sebab bertolak dah tengahari. Alaa!! Tapi tak apa, kali ini rasa macam nak pergi tempat kolam-kolam kononnya la. Nak bawak kiddos  pergi tempat lain tapi dekat. So, Alang suggest Refarm Kampar. Uiishhh, dekat mana tu? Dekat dengan Mambang Dek Awan ke? Yela!! Dekat Kampar kan? Ok! Tak jauh tu. Jom la. Bila? Bila? Jumaat cuti. Okay!!

Refarm Leisure, Kampar

Kalau dari Fasa 5, Changkat Lada, rasanya tak jauh. Dalam 45 minit macam tu la. Tapi sebab sesat. Waze pun buat ajaran sesat. Berhenti kereta, tanya dengan aunt sayur tu. Tula, tak tanya, sesat jalan la. Dah tanya!! Lah, dekat situ je?? Cisss!! Finally, sampai la kitorang. 2 biji kereta. Begeberak la dengan kekiddos belaka.

Kaklong Anje, Intan, Puteri, Leesya, Abg Long, Abg Ngah, Dik Kuan, Dik Hadif
Auchh!! Kiddos je dah ramai. Mak ayah dedeme tak ada. Ke Indonesia, ditinggalnya anaknya dengan Cik Ina,memang diperkasamkan la. Hahaha!! Selamat la refarm ni kolam mandinya luas tu je. Kalau luas besar, memang tak reti la nak kawal. Lantak korang la. Hahaha! Makchik  betul.

Yang awesomenya Refarm ni sebab kita boleh bawak makanan dari luar. So, before masuk, kita masak siap-siap dari rumah. Haisshh!! Kalau dengan kiddos , bukan boleh makan luar. Berperang la kalau nak  makan. Kalau masak, nak kau! Boleh ulang 2 3 4 5 6 kali. Menu pilihan (photo unavailable)  Laksa, Nasi, Ayam Goreng, Ikan Keli tempoyak, Kangkung elacan, Ulam Petai & Jering et al *lupa dah*.

Parking? Tak ada masalah. Memang parking baik punya. Tak jauh. Tiket? Boleh la. RM5 kiddos,  RM10 dewasa. Masuk je, kena jalan kaki sikit ke dalam, tempat kolam renang. Tapi tak payah risau sebab laluan pejalan kaki dia redup je. Nak tangkap gambar boleh MLA. Tapi rentikan le, kalau nama bawak kiddos, bukannya nak gambar-gambar, nak terjun mandi ye. Kids!

Entrance! Penampakan Puan Emak yang joren. Hikhik

Ada gazebo! Masa kitorang sampai ada 2 gazebo sebelah menyebelah kosong. Okay! Kita duduk situ, menghadap kolam, senang nak monitor deme tu. Mana deme? Eh! Lah, dah terjun. Tula MLA, kata nama bawak budak-budak, memang tak bergambar la. Tak. Noktah. Menu makanan pun takdan nak klik klik. Tak apa la, janji dah sampai refarm leisure. 

Ada dua kolam yang bersambungan. 1 yang hak dalam punya untuk dewasa, 1 lagi yang hak bebudak la. (kitorang punya gabezo dekat kolam bebudak). Ada air terjun, so, dekat situ je dah 20 minit berendam. Air kolam  tu asalnya daripada air terjun tula. Sejuk. Tapi air dia tak jernih la. Cuma air tu mengalir la. Okay la. 

Toilet. Cik Ina tak berapa gemar sangat. Tak boleh nak bilas badan. Suruhnya bilas badan dekat luar, bilik tu hanya salin baju semata-mata. Aisshhh!! Tak gemar le pulak. Hahaha!!

Selesai! Jom jalan-jalan tengok haiwan. Abg Long memang peminat haiwan. Bawak tengok kura-kura, kambing * Lah, kambing pun tengok* , kuda, et al. Tak ingat. Cik Ina dengan haiwan tak geng sangat. Tapi kena ikut jugak. Kalau tak sapa nak tengok kiddos, bukan boleh lepe', leka sikit hilang la kejap lagi. Haiisshh!!

Abg Long & kambing
'apasal la budak kecik ni tinggi sangat bagi makanan ni - En Kambing'

Okay! Jom balik.

Well, untuk kiddos , deorang sentiasa enjoy. Bawak la pergi mandi tepi Sg Perak pun, on je. Tambah lagi si Puteri. memang gemo! Janji mandi-manda. Family Cik Ina ni, kalau nak keluar jalan, tak boleh planning lama-lama. Tak jadi, elok la 2 3 hari lagi nak berjalan baru cakap. Hahaha!!

Kepada kiddos, nanti kalau kome dah besar, bawak pulak makchik pergi jalan-jalan ye! masakkan pula makchik ikan keli gulai tempoyak. Hikhikhik.

Nasi & Kuah
"Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?"

Refarm, Kampar. Kiddos enjoy. Cik Ina kasi High 5. Yehaa!!!


No comments:

Post a Comment